Bengkel Canva & Kempen Internet Selamat – SMK Kuala Perlis

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 23 September 2025 jam 8.00 pagi, NADI telah dijemput ke SMK Kuala Perlis sebagai tenaga pengajar dalam Bengkel Canva. Pelajar menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk menghasilkan poster dan slaid bertemakan Hari Kebangsaan Malaysia bermula dari asas (scratch).

Selain itu, pihak NADI turut menyampaikan taklimat Kempen Internet Selamat sebagai aktiviti selingan, yang memberi pendedahan tentang risiko siber, jejak digital, berita palsu serta bahaya pengantunan seksual dalam talian.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada lima pelajar bagi kategori poster tercantik, lima pelajar bagi slaid tercantik serta seorang guru sebagai Ikon Guru. Majlis tamat pada jam 2.00 petang dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan warga sekolah.

Program ini memberi peluang kepada NADI untuk memperkukuh peranan sebagai pusat sebaran maklumat digital yang proaktif. Melalui bengkel Canva dan taklimat Internet Selamat, NADI dapat menyampaikan mesej keselamatan siber dengan cara lebih kreatif serta mendekati pelajar secara interaktif. Di samping itu, ia meningkatkan imej NADI sebagai agensi yang dekat dengan masyarakat dan mampu membina jaringan kerjasama erat bersama pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali